Assalamualaikum dan salam sejahtera, hai kaum hawa di luar sana...
Saturday, 31 May 2014
Bengkel Makeup ( Serlahkan Aura Keyakinan ke tempat kerja/ Serlahkan Penampilan di hadapan Suami)
Assalamualaikum dan salam sejahtera, hai kaum hawa di luar sana...
Sunday, 25 May 2014
Tip hindari rambut kusut (khas untuk kanak-kanak)
Assalamualaikum, mama/ibu/mak/emak/mommy/mek..dan apa-apa sahaja panggilan yang seumpama dengannya...
Kenapa Suu hanya tekankan kepada ibu-ibu sahaja apabila memberi salam? Baiklah, sebenarnya hari ini Suu hendak berkongsi tip untuk mengatasi masalah rambut anak-anak yang kusut terutama sekali anak-anak perempuan yang comel itu dan ada saru lagi tip tambahan iaitu cara untuk menghilangkan kutu yang gatal-gatal hendak menumpang berteduh di kepala anak kita.
Baiklah sebelum Suu berkongsi tip untuk menghilangkan kutu, Suu akan kongsi dahulu cara untuk pastikan rambut anak perempuan tidak kusut..
Suu, ada seorang anak perempuan yang berumur dua tahun lebih yang bernama Saffea. Cik Saffea ni, memang sangat tidak suka orang sikat rambutnya...Jadi, cuba ibu-ibu fikir, rambut yang basah dan kering tanpa disikat, sudah pasti akan menjadi sangat kusut....Tapi, alhamdulillah perkara itu tidak terjadi kepada Cik Saffea.. Bagaimana Suu pastikan perkara itu tidak berlaku? Ikuti langkah di bawah:-
1. Pastikan ibu-ibu membeli syampu yang khas untuk si comel anda. JANGAN SESEKALI MENGGUNAKAN SYAMPU ORANG DEWASA, NANTI MAKIN ROSAK RAMBUT ANAK ANDA!
2. Letakkan sedikit syampu di kepala anak dan buihkan dengan menggambil sedikit air.Lumurkan pada rambut.
3. Semasa menggosok,pastikan kuku anda tidak terkena kulit kepala si comel anda, nanti rosak lapisan pelindungan kulit kepala.
4.Sambil gosok, urut kepala si comel anda perlahan-lahan menggunakan jari, INGAT, bukan kuku! Apabila kita mengurut dengan penuh kasih sayang dan kelembutan, bukan sahaja kita dan anak-anak semakin rapat, malah membantu peredaran darah dan akan melebatkan pertumbuhan ramvut baharu dan juga membantu menjadikan anak anda jadi semakin bijak berfikir kerana aktif. Peredaran darah membantu pengaliran oksigem ke kepala yang dapat membantu anak-anak lebih aktif dan sekali menjadi anak-anak yang bijak...InsyaAllah...
5.Selepas itu, ambil sikat rambut, dan sikat rambut anak anda semasa menyampu, sebab masa itu dia tidak perasan kita menyikat rambutnya kerana rambut sangat senang diurus semasa kita sedang menyampu kepala anak dan juga memberi kesan kepada ramvutnya walaupun selepas dibilas dan dikeringkan.
6.Bilas rambut anak anda. Jangan bimbang kebanyakkan syampu kanak-kanak tidak memedihkan mata.
7.Lap kering dengan tuala bersih. Kalau anak-anak yang suka rambutnya disikat, sikatlah rambutnya.. jangan ikat rambut anak ketika masih basah, kalau tak rambut akan rosak iaitu bercabang dan berbuah...
Berbalik kepada anak-anak yang ada kutu pula ya. Kebiasaannya, sekiranya anak-anak yang dihantar ke nursery akan dijangkiti kutu kerana mereka bergaul rapat dengan kanak-kanak yang ada di sana. Al maklumlah, tidur bersama, main-main bersama dan semuanyalah bersama-sama. Jadi, sifat kutu ni dia boleh melompat pada bulu seperti rambut dan suka hisap darah di kepala, jadi apabila kroninya di satu-satu kepala itu telah banyak, maka sudah pasti kutu-kutu ini akan bermigrasi ke kepala yang masih kosong. Natijahnya kepala anak-anak kitalah yang menjadi mangsa. Tapi, puan-puan jangan bimbang, saya di sini ada caranya kerana Saffea pernah dijangkiti kutu yang entah dari mana-mana naik ke kepalanya, apabila tanya pengasuh, kata tak tahu...erm..menyampah mak...
Jadi, suu guna cara yang sama dengan cara yang suu gunakan untuk hilangkan kusut tadi yang langkah 1 dan 2 serta 5. Bezanya cuma sikatnya sahaja. Suu beli sikat kapit yang rapat-rapat giginya. Tapi, jangan buat di dalam bilik mandi sebab untuk hilangkan semua kutu dan telur mengambil masa yang sangat lama kalau dah banyak. Kalau buat dalam bilim mandi, kesejukkanlah anak tu nanti. Jadi, suu cadangkan buat diruang tamu sambil menonton kartun untuk mengelakkan anak-anak bosan. Selepas itu, alhamdulillah sehingga sekarang tiada lagi kutu yang hingga di kepala Saffea...❤
Selamat mencuba ya ibu-ibu....❤❤❤
Saturday, 24 May 2014
Tip atasi kulit kering a.k.a cara lembapkan kulit wajah
Kulit yang sihat sudah semestinya menjadi dambaan setiap wanita dan juga lelaki. Tetapi, tidak semua yang bertuah memiliki kulit yang sihat, mulus, gebu, cantik dan yang seumpama dengannya.Terdapat 5 jenis kulit yang biasa kita ketahui antaranya:-
1. Kulit normal
- kulit normal tidak kering dan berminyak.
- pori-pori terlihat, tetapi tidak besar.
- setelah dicuci terasa halus dan segar
- pada siang hari tetap kelihatan segar dan bersih.
- Sesekali terjadi masalah seperti jerawat.
- kulit terasa segar setelah menggunakan cream malam.
2. Kulit berminyak
- Kulit terasa sangat berminyak.
- kulit kelihatan berkilat pada waktu siang
- kulit terasa halus dan cukup dan bersih setelah dibersihkan dengan facial wash.
- Sering dinaiki jerawat.
- Pori-pori terlihat besar.
- kulit terasa berminyak setelah menggunakan cream malam.
3. Kulit kering
- kulit terasa kering dan tipis.
- pori-pori kulit sangat halus.
- Kulit terasa kencang dan terasa kulit terlalu kecil setelah mencuci wajah.
- Pada siang hari akan muncul sisa kulit mati yang belum terbuang yang tampak seperti bersisik.
- Tidak pernah berjerawat.
- Kulit terasa pedih dan terbakar setelah menggunakan toner.
- kulit akan terasa nyaman setelah menggunakan cream malam.
4. Kulit sensitif
- kulit mudah teriritasi.
- kulit terasa kering, gatal, perih setelah membersihkan dengan facial wash.
- Jerawat akan muncul sesekali.
- Pada siang pula akan muncul beberapa kulit mati yang mengelupas seperti sisik.
-kulit terasa gatal dan pedih setelah menggunakan toner.
- kadang-kadang terasa nyaman atau teriritasi setelah menggunakan cream malam.
5. Kulit kombinasi
- kombinasi kulit normal, berminyak dan kering.
- kulit bagian pipi biasanya kering.
- kulit akan berminyak didaerah sekitar T-zone.
kulit terasa beberapa bagian kering dan halus setelah dibersihkan dengan facial wash.
- sering berjerawat dibagian T-zone.
- berkilat disiang hari pada bagian T-zone.
- kulit menjadi berminyak sekitar T-zone dan nyaman dibagian pipi setelah menggunakan cream malam.
- Kebanyakan wanita memiliki jenis kulit ini.
Pembaca entry ini sudah faham dan dapat mengenal pasti jenia kulit wajah ada sendiri...
Jadi, sekiranya ada dalam kalangan pembaca yang mengalami masalah kulit kering atau jenis yang berkombinasi, anda semua boleh cuba petua yang Suu baru saja cuba malam tadi.
Sebenar, kulit muka Suu dah lama tak kering, tetapi selepas produk penjagaan muka shaklee su dah habis, bermulalah dimensi kulit wajah yang bermasalah...huwaaaaa, kulit kombinasi datang kembali.....häaaaaa...
So, sementara tak ada masa untuk pergi shopping produk penjagaan wajah shaklee, Suu try petua yang telah diolah...
Sediakan mangkuk
Susu segar
dan yang terakhir...asam jawa...
Masukkan susu dalam mangkuk dan masukkan 3 sudu asam jawa dalam susu tadi dan kacau hilang sebati...dan akhir sekali......tempellah ke muka buat macam masker...maka, kena tunggu kering dan bersihkan dengan air sejuk......InsyaAllah esoknya wajah anda pasti kelihatan lebih lembap....Suu pun baru lepas buat dan lps dua jam mula rasa kulit yang tegang dan pedih jadi lebih selesa dan tidak pedih lagi.....Satu lagi nasihat Suu bagi yang berkulit kering atau kombinasi, pilihlah produk tidak berasaskan sabun untuk pencuci muka dan guna 'cream' bkn lotion...
Produk shaklee ada menawarkan produk yang sangat nyaman untuk kulit kering dan kulit berminyak...lihat gambar di bawah..Sekiranya berminat bolehlah hubungi Suu...0175777385 wassup/sms..
Email:sapphiresources@gmail.com
SELAMAT MENCUBA;)❤❤❤❤
Monday, 19 May 2014
8 tip legakan sakit selepas cabut gigi
Aduih, sakitnya! Jangan bising...tolonglah...jangan kacau aku..
Pernah tak korang jadi cam ni...apabila sakit gigi? Akhir sekali mesti korang rasa nak cabut je cepat gigi yang buat dajal dlm mulut korang.... tapi korang tak tahu, lps cabut pun sakit gak tau...
Hari ini aku nak share 8 tips nak kurangkan kesakitan selepas cabut gigi..
Tips yang I amalkan selepas proses mencabut gigi;
1.Gigit kapas dengan erat sehingga darah berhenti.Normally, after extraction, doctor akan bagi you gigit sejenis kapas. Bukan kapas pun sebenarnya, dia macam kain yang jarang-jarang macam net (jaring) sikit. Kalau dia tak bagi spare, pergi cari kat farmasi. Memang ada. Tujuannya utk bagi darah berhenti mengalir. So, gigit kapas tu dengan kuat. And you gum pun akan rasa relief dan tak sakit. Rajin2 tukar the kapas so that tak terlalu banyak air liur berdarah yang terkumpul dalam mulut.
2.Hanya berkumur sekiranya darah dan air liur penuh dalam mulut.Actually, kalau boleh jangan berkumur. Just spit out air liur berdarah tu. Tapi, mungkin ada yang akan rasa tak berapa nak selesa. Nak telan, geli. So, kumur. Tapi, jangan kerap as it will cause you darah to start mengalir balik. As I said, just rajinkan tukar kapas tu je.
3.Jangan ambil minuman panas.Selagi darah tak kering/beku, jangan minum air panas. Boleh menyebabkan darah mengalir dengan lebih banyak. Kalau boleh, perbanyakkan minum ais utk bekukan darah tu dengan lebih cepat. Amboi! Dengar kata suruh minum ais, suka! :P
4.Jangan usik atau sentuh kawasan cabutan dengan lidah/jari.Kebanyakan orang baru lepas cabut gigi mesti nak gatal-gatal pergi main2 gusi tu dengan lidah. I sendiri pun ada terbuat macam tu. Sebab rasa janggal. So, better don't sebab bila you usik, boleh menyebabkan you gum to start bleeding again. Dah elok-elok darah berhenti mengalir, you gatal-gatal pergi main-main gusi dengan lidah. Tak pasal-pasal je. Haha.
5.Telan aspririn.Normally, doctor akan bagi beberapa biji aspirin after the extraction. Tapi, kalau tak silap, waktu I cabut kat swasta je dapat. Waktu cabut kat government tak dapat. Aspirin boleh dapat kat memana je pun, lahai. Beli je. Macam I, I makan aspirin only if I rasa ada denyutan yang tak berapa nak menyenangkan. Waktu tu je. Waktu lain I tak makan. So, better buat macam tu la. At least, you tak perlu nak ambil drugs banyak-banyak utk tahan sakit.
6.Kurangkan kerja-kerja berat.Alahai. biasanya kalau you all cabut gigi. The first thing yang you all nak buat bila balik rumah is tidur. So, better tidur je. Rehat secukupnya. So that takda la you all rasa sakit.
7.Jangan makan makanan yang mudah tersangkut dalam gusi.Kalau boleh lah, jangan makan makanan seperti nasi. Tapi, sebenarnya I makan je. Sebab bila nasi tu sangkut kat dalam gusi, mula la you all nak godek-godek gusi tu dengan lidah. Kalau nak makan jugak, make sure jangan godek-godek gusi dengan lidah. Just kumur after makan. Im sure la, you'll start to eat that kind of foods after darah kering. So, no problem lah utk berkumur waktu tu.
8.Berkumur dengan air garam sekiranya gusi bengkak selepas 24 jam.Tip yang ni, I tak pernah pakai pun sebab my gusi tak bengkak pun after 24 hours cabut gigi. Just I selalu dengar orang kata kalau gusi bengkak, just berkumur dengan air garam. Kalau tiada apa-apa improvement, better pergi jumpa doctor balik sebab waktu tu your gum dah infected dah tu. But don't worry. Takda apa2 yang serious pun sebenarnya.
Ok..hopefully tip ni dapat membantu sapa2 yang merana kesakitan.....
Credit to:
http://hirzifauzan.blogspot.com/2012/09/8-tips-kurangkan-kesakitan-selepas.html?m=1
Sunday, 18 May 2014
3 tip mencantikkan dinding rumah
3. Tip yang terakhir, tak lengkap dinding rumah kalau tak ada doa-doa, surah-surah, atau tulisan khat. pemilihan tulisan khat ini bergantung kepada minat tuan rumahlah. Tapi kat sini Suu nak share tulisan khat khufi yang syarikat kami jual, kalau berminat bolehlah hubungi Suu untuk lihat catalognya atau klik link di bawah:-
http://suuahmadisini.blogspot.com/2014/06/ceritera-khat-khufi.html
Khat Khufi -Al- Fatihah |
Saturday, 17 May 2014
Salad dan khasiatnya....
Salad oh salad...
Hari ini Suu nak share tentang kebaikan salad..Kalau kita g makan kat restoran, kita dpt lihat dalam pinggan mesti dihiasi dengan salad yang menghijau...buat penggemar salad, salad yang hanya dijadikan hiasan ini pasti akan dimakan jg tapi kalau yang jenis tak suka ulam-ulam ni..hiasan tetap menjadi hiasan....nak tahu kenapa? sebab korang tak tahu khasiat yang terkandung dlm daun salad yang sinonim dengan hiasan semata-mata.....
Korang nak tahu, daun salad mempunyai kepentingan dari segi perubatan juga. Si hijau yang mempunyai nama saintifik Lactuca sativa membekalkan khasiat seperti berikut:
*Penawar kepada masalah insomnia atau gangguan tidur.
*Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, postasium, vitamin A dan C, magnesium dan zink.
*Daun ini mengandungi karotin, saraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan bertindak melancarkan sistem pernafasan.
*Ia juga mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubat kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman.
Jika anda dalam pelan diet, amalan makan salad antara menu sihat yang digalakkan. Bagaimanapun ia perlu mengikut kriteria diet salad yang baik iaitu:
*Elakkan penambahan bahan-bahan berasaskan tepung.
*Bataskan penggunaan bijirin-bermakna sapa yang nak rampingkan pinggang boleh la cuba makan daun salad sebagai satu diet u kuruskan badan...
*Pilih minyak zaitan dan makanan yang kaya dengan khasiat omega 3.
*Jangan tambah gula di dalam hidangan salad.
*Kurangkan penambahan kekacang dalam hidangan salad.
*Elakkan penambahan makanan berlemak sebaliknya tambah sedikit khasiat protein seperti ikan, tenusu dan daging.
Jadi, lepas ini korang janganlah biarkan aje daun salad ni jadi hiasan..berebutlah untuk memakannya.....okay..daaaaa
Sumber:Majalah Pa&Ma...(HASNITA, April 19, 2014)
Friday, 16 May 2014
Makeup Cantik..
Credit to:newfashiongallery.info |
Hai, oull kat luar sana..nak kawin ke? tengah duk survey sapalah yang leh bagi perkhidmatan andaman yang cantik tapi murah...?? biasalah bujet nak kawin ni bukan sikit, itu nak..ini nak, yang sini nak..yang kat kedai ni pun nak...mana taknya dengan duit nak beli barangan hantaran plak...nak tempah baju gaun yang leret-leret...nak pelamin yang cam mahligai nun dikayangan...ehem..semua duitkan bakal pengantin baharu...jangan bimbang yea yunk...i ada untuk uoll...
kenapa i cakap i ada untuk uoll, isyk u ni tak paham-paham erk...i ni nak bagitahu kat uoll, i MUA gak...so kalau uoll rasa nak tempah makeup bukan u kawin jer ye...untuk semua event la..i boleh makeupkan dngan harga yang superb berpatutan..tan..tan...
kalau nak tahu harganya uoll rajin-rajinkanlah jari uoll yang akan dihiasi inai merah tu untuk klik link ini ye yunk....:)
https://sites.google.com/site/saffeahcreative/home/touch-up-services-make-up-majlis-rasmi-dinner-hi-tea-tunang-akad-nikah-resepsi-bertandang-dll-tempahan-hantaran-tempahan-bunga-tangan-bunga-hidup-tempahan-sireh-junjung
ok, itu sahaja la entry kali ni...
p/s: untuk bakal pengantin tu i nasihatkan uoll kalau nak tempah makeup, tempah awal2 taw...bukan apa kalau dah dekat2 takut MUA dah full....biasalah uoll kan suka sangat kawin tarikh yang sama....ermm....:)
Trial make up untuk sambutan hari guru;) |
baju sekali, tema warna lavender....;) |
Wednesday, 14 May 2014
Rahsia ke??? Sekadar berkongsi...
Hari ni xda apa-apa yang menarik pun, tapi tangan ni tetap jugak nak menaip dan berkongsi apa-apa sahaja yang boleh dimanfaatkan oleh kawan-kawan. Bukankah menyebarkan ilmu yang bermanfaat itu juga sedekah...heehek...
So, kalau korang rasa apa yang Suu nak share ni berguna, jgn gatal2 tangan nak ke enjin pencarian untuk cari blog lain...wait..wait...ye kamu...nanti, baca dulu baru menilai ok.....
Hari ni, cuaca kat luar mendung je..mata Suu pun ikut sama mendung. Tapi tip ni xda kaitan dengan cuaca mendung kat luar pun... Jom jengah dapur anda, apa halia dan lengkuas anda beli kat pasar dah kering...hah! Tidak! Xguna pun lagi..dah kering cm kayu buruk...keras je halia ni.....eh..eh...jangan emosi sangat cik kak... meh try petua Suu ni, ambil lengkuas dan halia yang dh kering tu, bukak penutup tong, cmpak je dlm tong...Lps tu ambil kunci kereta ..jom g pasar...beli lain....hehehe...nanti2...sabar, bukan itu tipnya...ok dh beli tp xnk guna lagi, basuh bersih2, ambil bekas plastik, tak kesahlah tupperware or tipuware ke apa2 la..apple lady or apple man janji bekas plastik, korang letak lengkuas or halia tu dlm bekas isi dengan air dan........masukkan dalam peti ais kat tempat beku...ye..kat tempat beku..bekukan jer....gerenti lama leh tahan korang punya halia dan lengkuas..percayalah........suu mmg dh buat..xcaya tgk gambar ye...
Ok, tu tip nak simpan lengkuas dan halia.., sekarang ada lagi satu tip untuk simpan seafood anda agar sentiasa segar, tekniknya sejibik dengan tip tadi....tip ni kak ros kat sekolah yang bagi...tq kal ros, smpi skrg suu amal tip ni, al-maklumlah selalu beli stok lauk u sebulan tp nk mkn macam yang baru je di tangkap.....
Oklah kengkawan sume....sebelum su berhenti melalut kat sini, su nak share resepi juice avacado yang suu buat hari ni....nak..nak..nak...hah, jangan nak aje..try buat..baru tahu sedap le tak!
RESEPI:
Avacado, susu segar, ice cream perisa solero, air sejuk, ais, dan gula perang...semua bahan ni masukkan dalam blender dan blend la sampai lumat...dan minum...
Minuman yang creamy, sedap dan berkhasiat....selamat mencuba...daaaaaaa
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Tuesday, 13 May 2014
Hakikat sebenar-Rutin Hidup Seorang Guru
Bersempena Hari Guru yang bakal disambut pada 16 Mei 2014 ni, aku sebagai seorang cikgu nak bercoloteh sedikit sebanyak rutin seorang guru pada setiap hari pada zaman yang dah berlaku transisi dalam bidang pendidikan, tingkah laku pelajar dan ...
7.00 pagi kebanyakan para guru dah sampai kat sekolah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik.
7.20 pagi bagi guru tingkatan, kami kena turun ke tapak perhimpunan untuk mengambil kehadiran murid yang kini bukan sahaja dicatat dalam buku reg tetapi juga perlu di key-in secara atas talian- APDM
http://apdm.moe.gov.my/index.php
Para guru kena key in seblm jam 9.00pagi kalau tak...kena kejar la jawabnya...ermmm..hehaa..
Biasalah, apabila sebut cikgu ni, co-biz nya mestilah mengajar ikut yang dh termaktub dlm jadual mp guru tu masing2...bm, bi, sej,math, sains, geo, pai,moral,ekon,pa, dan byk la subjek yang lain... lain guru, lain la cara dan pendekatan untuk tackle plajar dan setiap pelajar memerlukan para guru lebih kreatif u handle sebabnya...kalau dlm kelas ada lbh kurang 40orang pljr(realiti kelas zaman sekarang) 40 macam perangailah yang cikgu tu kena hadap kalau tak..cuba bayangkan..tu baru satu kelas bro n sis.. cikgu biasa ada 4-6 kelas setiap hari terutama cikgu bahasa....yang memang setiap hari akan mengajar kelas yang sama...
Kalau nak lihat dr segi tugas sampingan pula, suu rs patah jari su untuk menaip.. sebab cikgu ni bidang tugasnya sgt luas.....
Dia ceti dikala kena pungut bayaran tertentu, dia juga seorang jaga tiap masa do sekolah
Dia juga IBU Dan bapa yang tiada talian Sarah kepada beratus murid
Dia juga kerani buat fail ITU Dan ini
Pendek kata semua guru boleh buat...bkan nk memuji...tp realiti....
Breakfast vs Lunch.....
Nasi goreng budu ude kering jadi breakfast or lunch hah???
Hari ni aku bangun pagi lewat cket...cuti katakan..., bangun ke mana lagi tempatnya kalau tak ke dapur, cuci muka lebih kurang , gosok gg...tgk apa2 y boleh dimasak..erm, tomyum ngn lauk semlm byk lagi, nasi smlm pun masih elok lagi...erm, breakfast hari Nasi goreng je la...tapi lain sikit sebab letak budu...tanpa disangka...hehe..
Kalau korang ada budu yang kawan dr kelate bagi..tapi xtahu nak buat apa..jom la try resepi ni....menarik gak...
Bahan2nya:
nasi dingin
D.5ulas Bawang putih
Sebatang serai hiris nipis
A.Cili padi ikut nak
B.2 sudu makan Udang kering dalam
C.3 sudu makan ikan bilis
gula dan garam
Olive oil dan canola
budu
Serbuk
cara2:
bahan a,b,c,d ditumbuk jangan smpai lumat, kemudian panaskan minyak masukkan sedikit olive oil dan canola oil dan tumiskan bahan a,b,c,d yang dh ditumbuk tadi dan serai..hingga garing dan naik bau dan masukkan nasi kaup balik hingga betul2 rata dan semua bahan serasa..tambah olive oil dan budu, Kemudian serbuk lada putih garam dan gula secukup rasa...siap dan hidang..
Selamat mencuba...
Fakta tentang budu:
Belajar berenang....
Entry hari ni tentang kepentingan sukan dalam hidup anak-anak...camner ibu bapa kat luar sana? Dah pilih sukan yang terbaik untuk anak-anak anda...? Cik Saffea hari ni papa fia nak ajar berenang..tapi dah sampai dia plak tertidur..so terpaksa tunggu dulu..tapi sementara tu, papa dia g berenang kat indoor mama dia plak mengupdate blog,..sebab mama bkn tahu berenang pun...hehehe..tapi untuk Cik Isya Saffea, papa dia kata kita pilih sukan renang untuk dia....menarik x?
Monday, 12 May 2014
Cerita Masak Malam ini......
Resepiku berkata-kata....
Hari ni, mulanya Suu tak tahu nak masak apa. Tapi en husben dah kuarkan Siakap, so nak tak nak kn masak siakap...tapi masak apa yer?? Malas nak pikir...En husben kata nak kuar g cari kuih sambil bw saffea jalan2...Nak itut...., hah bermula dengan niat nak beli kuih, tp alang2 dah kuar, baik g cr minyak masak sekali...seb stok minyak dah nak habis..
Tetiba hujan lebat la plak, cm ner nak kaur dr kereta ni....Aku bagi cdgan mudah, baik g Tesco jer..ada parkir, turun kereta ada bumbung xbasah...ayat memujuk sebenarnya..."agenda tersembunyi untuk g cari tut...tut..tut, rahsia ibu2..heehe..
En Husben ikut jer permintaan si ibu yang ngada2 ala poyosss ni...sampai teruskan misi cari minyak, aih mata ni gatai lak tgk bayi untuk cinonet saffea, dapat lima helai baju cik saffea kita...yang murah2 je, seb asyik memilik xperasan en husben ngn cik saffea g mana..ayoiii dh la hp xbwa...satu tesco suu keliling xnmpk...ya g aku nampak ada org duk ngah shooting rancangan masakan...saper tu...cm knl tp xbrapa nk knl..eh eh..sheila rusly la..apsal lain bebonar mukanya, tp cengkung n..tua sikit..sory kak shiela..tp maintain..kabarnya untuk Ketuk-ketuk Ramadhan...erm dh nak puasa kita..puasa xabis ganti lagi ni...hehehe
Lps tu barulah kita nampak en husben together2 ngn cik saffea.. dalam masa tu br terfikir nk masak tomyum...tp malu la plak nk g cr bhn seb semua bhn duk kat kawasan shooting tu...nanti org kata kita nak interframe la plak.....dh cr bhn..blik rumah..idea untuk ikan xdtg lagi...dlm hati duk berkira2 nak tumis jer...tgh duk sedia bhn teringat buah avacado...tetiba terlintas nak cipta resepi baru...so hasilnya leh la lihat kat fb kita ye....
https://m.facebook.com/wansuhaila.sue
Ni resepi penuh:-
Ikan
1 ekor ikan siakap yang dh dibersihkan
Serbuk kari
Daun kari
Garam kunyit..-su guna pes yang suu dh buat siap
Minyak untuk menggoreng
tepung
Cara2:
tabur serbuk kari, garam, kunyit...pastikan semua kena disetiap bhg ikan, pastu tabur tepung...panaskan minyak letak daun kari dan goreng ikan hingga garing...
Tumis
1biji avacado-dadu
2 biji Bawang merah besar -potong dadu
1Labu bawang putih-cincang
Cili -ikut rasa
2biji Tomato -dadu
Cili kering kisar
Daun kari
Minyak
Asam jawa
Lemon
Garam
Gula
Minyak u menumis..
cara2:
Tumis bawang putih dan merah hilang wangi dan sedikit garing, kemudian masuk avacado, tomato dan cili padi,daun kari, goreng hilang sebati, masukkan cili kering kisar dan tumis hingga betul2 masak..
Letak air asam jawa, jus lemon, kaup balim dan letak gula dan garam secukup rasa..dh masak tuang atas ikan yang telah di goreng garing tadi....siap..
Selamat mencuba...
Sunday, 11 May 2014
Camne ye nak wajah yang flawless..
Kecantikan milik semua insan dan menjadi dambaan setiap wanita dan wanita yang cantik pasti menjadi pujaan sang jejaka...hehek..Ada tak yang baca entry ni tak pernah pun rasa nak cantik, atau rasa cantik tu xpenting dalam hidup mereka????
Apa2 terpulang pada pendapat sendiri. Sebab yang Suu tahu cantik tu subjektif dan cukup abstrak serta berlandaskan penilaian masing-masing.. Mungkin pada mata orang laib kita tak cantik, tapi kita cantik di mata pasangan kita..atau anak-anak kita...so sweetkan kalau kita dengar pasangan kita puji.."Sayang ni cantiklah hari ni"..atau si cilik kita kata.." Mama antek la....;)" Bagi seorang wanita seperri aku, itu dah memadai...Mood yang spoil pun lboleh bertukar jadi bertenaga sepanjang hari..sebab hati berbunga riang...
Erm, hari Suu nak share cam ne nak jafikan foundation yang kita tepek kat muka jadi cantik dan wajah jadi flawless..gebusss gituuu..pewiittt..
1. Pastikan kamu ada span wajah dan span tu kena basahkan dan perah hingga tiada air menitis...
2.Kena ada penyegar, su suka guna penyegar Meiko..(berminat pmlah.elok penyegar ni..0175777385 -wassup je:)
3.pastu pastikan ada foundation yang sesuai...hah sebut pasal foundation ni su nak cadangkan naturactor atau octard produk drp meiko juga...berminat pmlah ye..
4.Akhir sekali loose powder(pn ada)
ok...mula2..
1.spraykan penyegar kat muka dan tepuk2 wajah anda guna kedua2 tapak tangan.
2.Lepas tu, ambil span yang dh dibasahkan tadi tekap kat foundation fan tekap kat wajah..tekap2 je kat seluruh wajah...tmpat yang ada cela..tekap byk2 kali..dah tekap seluruh wajah...
3.Ambil loose powder guna berus bedak yang sesuai dan apply ke wajah....itu sahaja....wajah yang kusam mesti nampak flawless....
Selamat mencuba....