Showing posts with label make up. Show all posts
Showing posts with label make up. Show all posts

Sunday, 1 June 2014

Kelas Make Up-Antara hukum Allah dan Cantik


Assalamualaikum

Suu terpanggil untuk menulis blog pada masa-masa begini apabila isu cantik dan hukum Allah SWT menjadi perdebatan.

Umum mengetahui bahawa agama Islam sememangnya telah mengariskan hukum yang jelas dan mudah untuk diikuti. Itulah Islam, ajaran yang dibawa mudah difahami dan syumul. Allah SWT juga. telah menyediakan perhiasan untuk umatnya berhias seperti yang terkandung dalam Surah Al-A'raf, 7:32 yang berbunyi,

Katakanlah(Muhammad), Siapakah yang mengharamkan perhiasan daripada Allah yang telah disediakan untuk hamba-hamba-Nya dan rezeki yang baik"? Katakanlah,"Semua itu untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, dan khas (untuk mereka sahaja)pada hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu untuk orang-orang yang mengetahui.

Jelaslah bahawa Allah SWT tidak melarang kita untuk berhias dan sememangnya hukum-hukum Islam adalah selaras dengan fitrah manusia yang suka akan kecantikan dan perhiasan.

Namun, disebalik keredhaan Allah dalam berhias, ada peraturan atau garis panduan yang perlu kita patuhi bagi memastikan kita tidak terpesong dalam ajaran Islama semata-mata ingin berhias.

Entry kali ini, Suu bukan hendak highlight secara terperinci tentang hukum dalam berhias, sebab Suu bukan ustazah mahupun orang yang arif dalam bab agama, tetapi setiap ilmu yang bermanfaat yang kita tahu tidak salah sekiranya ingin dikongsi bersama agar kita tidak tersalah langkah atau laku..
Berbalik semula tentang, perkongsian yang ingin Suu kongsikan ialah berkenaan pemakaian rambut palsu  dan bulu mata palsu (yang kebiasaannya dipakai oleh pengantin).

Suu terpanggil untuk berkongsi dengan maklumat ini apabila petang tadi, Suu mendengar ceramah 3Ustazah di Astro yang membincangkan gentang isu ini dan daripada yang Suu dengar, pemakaian bulu mata palsu dan rambut palsu adalah haram, kecuali atas sebab-sebab yang boleh memudaratkan. Tapi dalam konteks untuk berhias tanpa bersebab adalah HARAM...

Sebenarnya Suu sendiri pun pernah pakai, sebab jahil. Tapi apabila Suu telah mengetahuinya, Suu harap Suu takkan ulang lagi walaupun bukan pakai kat mata sendiri, (Customer). Tapi kalau lepas tu custoner nak tambah atau nak pakai sendiri terpulang...Tapi jgn bimbang sebab mascara sekarang banyak yang dapat memanjang dan melentikkan bulut mata..Jadi, tanpa bulu mata palsupun kita dapat menghasilkan mata yang cantik kurniaan Ilahi.

http://www.blogammar.com/hukum-memakai-bulu-mata-palsu/

*P/S : SUU ADA BUKA UNTUK KELAS MAKE UP 15/6/14( AHAD) DAN TEMPAHAN MAKE UP( BILA-BILA FREE)..BERMINAT HUBUNGI SUU 017-5777 385. IN SYA ALLAH , KITA IKUT SYARAK.

Saturday, 31 May 2014

Bengkel Makeup ( Serlahkan Aura Keyakinan ke tempat kerja/ Serlahkan Penampilan di hadapan Suami)


Assalamualaikum dan salam sejahtera, hai kaum hawa di luar sana...

Entry kali ini Suu bukan nak share tip atau petua atau resepi, tetapi, buat pertama kalinya sempena cuti sekolah ini Suu terpanggil untuk membuat bengkel make up kepada kaum hawa di luar sana yang ingin tampil ke tempat kerja dengan lebih menarik sekaligus menambahkan keyakinan untuk ke tempat kerja...atau bagi suri rumah yang tidak bekerja pula boleh berdandan cantik untuk suami tercinta...(seronokkan kalau suami puji).

Jadi, bengkel make up ini adalah permulaan kepada semua kaum hawa di luar sana yang ingin menambahkan keyakinan diri... Jangan tunggu lagi, inilah peluang anda untuk tampil menarik..

TEMA BENGKEL:Si Tampuk Manggis Seharum Lavender ( Hitam+Ungu)
TARIKH:7Jun 2014 (Sabtu) di tunda pada 15 jun 2014.(Ahad)
SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
MASA:2.00 petang-5.00 petang
TEMPAT: Always Chanteque Studio, Sri Andalas, Klang.
YURAN:RM150.00 ( *RM50.00 deposit- perlu dibank in seblm tarikh bengkel yang baki selebihnya perlu dibayar semasa hari kejadian )
*Pengambilan peserta bengkel maksimum  sebanyak 7 orang sahaja...    ( Jadi, siapa cepat booking tempat dia dapat:)- bank in selewat2nya sehari sebelum bengkel.


ACC NO MAYBANK
WAN SUHAILA BINTI W. AHMAD
166010132018

Modul bengkel:
1. Pengenalan tentang berus make up.
2. Pengenalan tentang foundation 
3. Teknik rias kening tanpa perlu dicukur
5. Memanjangkan bulu mata tanpa memakai bulu mata palsu
6. Teknik Make up cepat untuk ke tempat kerja
7. Praktikal

Peralatan disediakan.
Para peserta juga akan diberikan sijil penyertaan dan gift.

Booking dan pertanyaan lanjut  bolehlah menghubungi Suu Ahmad Inspire melalui:-
Wassup/sms:0175777385
Email:sapphiresources@gmail.com
Pm facebook: https://m.facebook.com/messages/

KAMI SYARIKAT BERDAFTAR DI BAWAH NAMA SAPPHIRE RESOURCES BERNOMBOR PENDAFTARAN (SA0294906-A)