Sunday, 25 May 2014

Tip hindari rambut kusut (khas untuk kanak-kanak)

Assalamualaikum, mama/ibu/mak/emak/mommy/mek..dan apa-apa sahaja panggilan yang seumpama dengannya...

Kenapa Suu hanya tekankan kepada ibu-ibu sahaja apabila memberi salam? Baiklah, sebenarnya hari ini Suu hendak berkongsi tip untuk mengatasi masalah rambut anak-anak yang kusut terutama sekali anak-anak perempuan yang comel itu dan ada saru lagi tip tambahan iaitu cara untuk menghilangkan kutu yang gatal-gatal hendak menumpang berteduh di kepala anak kita.

Baiklah sebelum Suu berkongsi tip untuk menghilangkan kutu, Suu akan kongsi dahulu cara untuk pastikan rambut anak perempuan tidak kusut..

Suu, ada seorang anak perempuan yang berumur dua tahun lebih yang bernama Saffea. Cik Saffea ni, memang sangat tidak suka orang sikat rambutnya...Jadi, cuba ibu-ibu fikir, rambut yang basah dan kering tanpa disikat, sudah pasti akan menjadi sangat kusut....Tapi, alhamdulillah perkara itu tidak terjadi kepada Cik Saffea.. Bagaimana Suu pastikan perkara itu tidak berlaku? Ikuti langkah di bawah:-

1. Pastikan ibu-ibu membeli syampu  yang khas untuk si comel anda. JANGAN SESEKALI MENGGUNAKAN SYAMPU ORANG DEWASA, NANTI MAKIN ROSAK RAMBUT ANAK ANDA!
2. Letakkan sedikit syampu di kepala anak dan buihkan dengan menggambil sedikit air.Lumurkan pada rambut.
3. Semasa menggosok,pastikan kuku anda tidak terkena kulit kepala si comel anda, nanti rosak lapisan pelindungan kulit kepala.
4.Sambil gosok, urut kepala si comel anda perlahan-lahan menggunakan jari, INGAT, bukan kuku! Apabila kita mengurut dengan penuh kasih sayang dan kelembutan, bukan sahaja kita dan anak-anak semakin rapat, malah membantu peredaran darah dan akan melebatkan pertumbuhan ramvut baharu dan juga membantu menjadikan anak anda jadi semakin bijak berfikir kerana aktif. Peredaran darah membantu pengaliran oksigem ke kepala yang dapat membantu anak-anak lebih aktif dan sekali menjadi anak-anak yang bijak...InsyaAllah...
5.Selepas itu, ambil sikat rambut, dan sikat rambut anak anda semasa menyampu, sebab masa itu dia tidak perasan kita menyikat rambutnya kerana rambut sangat senang diurus semasa kita sedang menyampu kepala anak dan juga memberi kesan kepada ramvutnya walaupun selepas dibilas dan dikeringkan.
6.Bilas rambut anak anda. Jangan bimbang kebanyakkan syampu kanak-kanak tidak memedihkan mata.
7.Lap kering dengan tuala bersih. Kalau anak-anak yang suka rambutnya disikat, sikatlah rambutnya.. jangan ikat rambut anak ketika masih basah, kalau tak rambut akan rosak iaitu bercabang dan berbuah...

Berbalik kepada anak-anak yang ada kutu pula ya. Kebiasaannya, sekiranya anak-anak yang dihantar ke nursery akan dijangkiti kutu kerana mereka bergaul rapat dengan kanak-kanak yang ada di sana. Al maklumlah, tidur bersama, main-main bersama dan semuanyalah bersama-sama. Jadi, sifat kutu ni dia boleh melompat pada bulu seperti rambut dan suka hisap darah di kepala, jadi apabila kroninya di satu-satu kepala itu telah banyak, maka sudah pasti kutu-kutu ini akan bermigrasi ke kepala yang masih kosong. Natijahnya kepala anak-anak kitalah yang menjadi mangsa. Tapi, puan-puan jangan bimbang, saya di sini ada caranya kerana Saffea pernah dijangkiti kutu yang entah dari mana-mana naik ke kepalanya, apabila tanya pengasuh, kata tak tahu...erm..menyampah mak...

Jadi, suu guna cara yang sama dengan cara yang suu gunakan untuk hilangkan kusut tadi yang langkah 1 dan 2 serta 5. Bezanya cuma sikatnya sahaja. Suu beli sikat kapit yang rapat-rapat giginya. Tapi, jangan buat di dalam bilik mandi sebab untuk hilangkan semua kutu dan telur mengambil masa yang sangat lama kalau dah banyak. Kalau buat dalam bilim mandi, kesejukkanlah anak tu nanti. Jadi, suu cadangkan buat diruang tamu sambil menonton kartun untuk mengelakkan anak-anak bosan. Selepas itu, alhamdulillah sehingga sekarang tiada lagi kutu yang hingga di kepala Saffea...❤

Selamat mencuba ya ibu-ibu....❤❤❤

No comments: