Salad oh salad...
Hari ini Suu nak share tentang kebaikan salad..Kalau kita g makan kat restoran, kita dpt lihat dalam pinggan mesti dihiasi dengan salad yang menghijau...buat penggemar salad, salad yang hanya dijadikan hiasan ini pasti akan dimakan jg tapi kalau yang jenis tak suka ulam-ulam ni..hiasan tetap menjadi hiasan....nak tahu kenapa? sebab korang tak tahu khasiat yang terkandung dlm daun salad yang sinonim dengan hiasan semata-mata.....
Korang nak tahu, daun salad mempunyai kepentingan dari segi perubatan juga. Si hijau yang mempunyai nama saintifik Lactuca sativa membekalkan khasiat seperti berikut:
*Penawar kepada masalah insomnia atau gangguan tidur.
*Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, postasium, vitamin A dan C, magnesium dan zink.
*Daun ini mengandungi karotin, saraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan bertindak melancarkan sistem pernafasan.
*Ia juga mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubat kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman.
Jika anda dalam pelan diet, amalan makan salad antara menu sihat yang digalakkan. Bagaimanapun ia perlu mengikut kriteria diet salad yang baik iaitu:
*Elakkan penambahan bahan-bahan berasaskan tepung.
*Bataskan penggunaan bijirin-bermakna sapa yang nak rampingkan pinggang boleh la cuba makan daun salad sebagai satu diet u kuruskan badan...
*Pilih minyak zaitan dan makanan yang kaya dengan khasiat omega 3.
*Jangan tambah gula di dalam hidangan salad.
*Kurangkan penambahan kekacang dalam hidangan salad.
*Elakkan penambahan makanan berlemak sebaliknya tambah sedikit khasiat protein seperti ikan, tenusu dan daging.
Jadi, lepas ini korang janganlah biarkan aje daun salad ni jadi hiasan..berebutlah untuk memakannya.....okay..daaaaa
Sumber:Majalah Pa&Ma...(HASNITA, April 19, 2014)
No comments:
Post a Comment