Monday, 19 May 2014

8 tip legakan sakit selepas cabut gigi

Aduih, sakitnya! Jangan bising...tolonglah...jangan kacau aku..
Pernah tak korang jadi cam ni...apabila sakit gigi? Akhir sekali mesti korang rasa nak cabut je cepat gigi yang buat dajal dlm mulut korang.... tapi korang tak tahu, lps cabut pun sakit gak tau...
Hari ini aku nak share 8 tips nak kurangkan kesakitan selepas cabut gigi..

Tips yang I amalkan selepas proses mencabut gigi;

1.Gigit kapas dengan erat sehingga darah berhenti.Normally, after extraction, doctor akan bagi you gigit sejenis kapas. Bukan kapas pun sebenarnya, dia macam kain yang jarang-jarang macam net (jaring) sikit. Kalau dia tak bagi spare, pergi cari kat farmasi. Memang ada. Tujuannya utk bagi darah berhenti mengalir. So, gigit kapas tu dengan kuat. And you gum pun akan rasa relief dan tak sakit. Rajin2 tukar the kapas so that tak terlalu banyak air liur berdarah yang terkumpul dalam mulut.
2.Hanya berkumur sekiranya darah dan air liur penuh dalam mulut.Actually, kalau boleh jangan berkumur. Just spit out air liur berdarah tu. Tapi, mungkin ada yang akan rasa tak berapa nak selesa. Nak telan, geli. So, kumur. Tapi, jangan kerap as it will cause you darah to start mengalir balik. As I said, just rajinkan tukar kapas tu je.
3.Jangan ambil minuman panas.Selagi darah tak kering/beku, jangan minum air panas. Boleh menyebabkan darah mengalir dengan lebih banyak. Kalau boleh, perbanyakkan minum ais utk bekukan darah tu dengan lebih cepat. Amboi! Dengar kata suruh minum ais, suka! :P
4.Jangan usik atau sentuh kawasan cabutan dengan lidah/jari.Kebanyakan orang baru lepas cabut gigi mesti nak gatal-gatal pergi main2 gusi tu dengan lidah. I sendiri pun ada terbuat macam tu. Sebab rasa janggal. So, better don't sebab bila you usik, boleh menyebabkan you gum to start bleeding again. Dah elok-elok darah berhenti mengalir, you gatal-gatal pergi main-main gusi dengan lidah. Tak pasal-pasal je. Haha.
5.Telan aspririn.Normally, doctor akan bagi beberapa biji aspirin after the extraction. Tapi, kalau tak silap, waktu I cabut kat swasta je dapat. Waktu cabut kat government tak dapat. Aspirin boleh dapat kat memana je pun, lahai. Beli je. Macam I, I makan aspirin only if I rasa ada denyutan yang tak berapa nak menyenangkan. Waktu tu je. Waktu lain I tak makan. So, better buat macam tu la. At least, you tak perlu nak ambil drugs banyak-banyak utk tahan sakit.
6.Kurangkan kerja-kerja berat.Alahai. biasanya kalau you all cabut gigi. The first thing yang you all nak buat bila balik rumah is tidur. So, better tidur je. Rehat secukupnya. So that takda la you all rasa sakit. 
7.Jangan makan makanan yang mudah tersangkut dalam gusi.Kalau boleh lah, jangan makan makanan seperti nasi. Tapi, sebenarnya I makan je. Sebab bila nasi tu sangkut kat dalam gusi, mula la you all nak godek-godek gusi tu dengan lidah. Kalau nak makan jugak, make sure jangan godek-godek gusi dengan lidah. Just kumur after makan. Im sure la, you'll start to eat that kind of foods after darah kering. So, no problem lah utk berkumur waktu tu.
8.Berkumur dengan air garam sekiranya gusi bengkak selepas 24 jam.Tip yang ni, I tak pernah pakai pun sebab my gusi tak bengkak pun after 24 hours cabut gigi. Just I selalu dengar orang kata kalau gusi bengkak, just berkumur dengan air garam. Kalau tiada apa-apa improvement, better pergi jumpa doctor balik sebab waktu tu your gum dah infected dah tu. But don't worry. Takda apa2 yang serious pun sebenarnya.

Ok..hopefully tip ni dapat membantu sapa2 yang merana kesakitan.....
Credit to:
http://hirzifauzan.blogspot.com/2012/09/8-tips-kurangkan-kesakitan-selepas.html?m=1

No comments: