Assalamualaikum
Suu terpanggil untuk menulis blog pada masa-masa begini apabila isu cantik dan hukum Allah SWT menjadi perdebatan.
Umum mengetahui bahawa agama Islam sememangnya telah mengariskan hukum yang jelas dan mudah untuk diikuti. Itulah Islam, ajaran yang dibawa mudah difahami dan syumul. Allah SWT juga. telah menyediakan perhiasan untuk umatnya berhias seperti yang terkandung dalam Surah Al-A'raf, 7:32 yang berbunyi,
Katakanlah(Muhammad), Siapakah yang mengharamkan perhiasan daripada Allah yang telah disediakan untuk hamba-hamba-Nya dan rezeki yang baik"? Katakanlah,"Semua itu untuk orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, dan khas (untuk mereka sahaja)pada hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu untuk orang-orang yang mengetahui.
Jelaslah bahawa Allah SWT tidak melarang kita untuk berhias dan sememangnya hukum-hukum Islam adalah selaras dengan fitrah manusia yang suka akan kecantikan dan perhiasan.
Namun, disebalik keredhaan Allah dalam berhias, ada peraturan atau garis panduan yang perlu kita patuhi bagi memastikan kita tidak terpesong dalam ajaran Islama semata-mata ingin berhias.
Entry kali ini, Suu bukan hendak highlight secara terperinci tentang hukum dalam berhias, sebab Suu bukan ustazah mahupun orang yang arif dalam bab agama, tetapi setiap ilmu yang bermanfaat yang kita tahu tidak salah sekiranya ingin dikongsi bersama agar kita tidak tersalah langkah atau laku..
Berbalik semula tentang, perkongsian yang ingin Suu kongsikan ialah berkenaan pemakaian rambut palsu dan bulu mata palsu (yang kebiasaannya dipakai oleh pengantin).
Suu terpanggil untuk berkongsi dengan maklumat ini apabila petang tadi, Suu mendengar ceramah 3Ustazah di Astro yang membincangkan gentang isu ini dan daripada yang Suu dengar, pemakaian bulu mata palsu dan rambut palsu adalah haram, kecuali atas sebab-sebab yang boleh memudaratkan. Tapi dalam konteks untuk berhias tanpa bersebab adalah HARAM...
Sebenarnya Suu sendiri pun pernah pakai, sebab jahil. Tapi apabila Suu telah mengetahuinya, Suu harap Suu takkan ulang lagi walaupun bukan pakai kat mata sendiri, (Customer). Tapi kalau lepas tu custoner nak tambah atau nak pakai sendiri terpulang...Tapi jgn bimbang sebab mascara sekarang banyak yang dapat memanjang dan melentikkan bulut mata..Jadi, tanpa bulu mata palsupun kita dapat menghasilkan mata yang cantik kurniaan Ilahi.
http://www.blogammar.com/hukum-memakai-bulu-mata-palsu/
*P/S : SUU ADA BUKA UNTUK KELAS MAKE UP 15/6/14( AHAD) DAN TEMPAHAN MAKE UP( BILA-BILA FREE)..BERMINAT HUBUNGI SUU 017-5777 385. IN SYA ALLAH , KITA IKUT SYARAK.
No comments:
Post a Comment